Wednesday, March 2, 2011

CTU 151


TAJUK:
MASJID MUADZAM SHAH, KUALA NERANG, KEDAH


DISEDIAKAN OLEH      : NURUL ATHIRAH BINTI SHAMSUDDIN,
                                         NO PELAJAR: 2010603048
                                         KUMPULAN: ASD2Cn
DISEDIAKAN UNTUK  : USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN,
                                         PENSYARAH CTU151
PROGRAM                    : DIPLOMA SAINS (AS 120)
TARIKH HANTAR         : 03/03/2011


ISI KANDUNGAN
·        ABSTRAK
·        PENDAHULUAN
·        KONSEP
·        HURAIAN
·        PENUTUP
·        BIBLIOGRAFI

ABSTRAK
          Masjid merupakan rumah ibadah bagi umat Islam dalam mengerjakan solat serta majlis keagamaan yang lain. Masjid atau dengan erti kata lain bermaksud tempat untuk bersujud. Masjid bukan sahaja pusat ibadah khusus seperti sembahyang dan I’tikaf tetapi mempunyai peranan yang lebih luas. Bahkan di suatu ketika dahulu masjid pernah menjadi pusat pemerintahan, kebudayaan, mu’amalah, dakwah Islamiah, aktiviti kebajikan dan pendidikan umat Islam. Masjid terawal yang telah dibina ialah pada zaman Rasulullah s.a.w. dimana baginda telah membina Masjid Quba. Sekali lagi, pengertian sebenar masjid serta peranan masjid memainkan peranan yang penting samada di sesebuah kawasan, penting bagi menjalankan ibadah dan juga pengabdian sebagai seorang hamba terhadap penciptaNya. Kesimpulannya, masjid merupakan pembentuk kepada setiap kerohanian seseorang manusia itu.Banyak hikmah dan pahalanya dengan menunaikan sembahyang di masjid serta kita dapat lihat pentingnya umat Islam dalam menunaikan solat Jumaat yang diwajibkan kepada kaum lelaki untuk menunaikannya pada setiap hari Jumaat di masjid dan terdapat hukumannya jika meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja atau meninggalkan solat Jumaat melebihi tiga kali berturut-turut tanpa halangan yang sepatutnya. Jika dilihat dari sudut kesihatan, sembahyang sebenarnya sebuah perbuatan senaman yang memberi kesegaran kepada setiap tubuh yang melakukannya disamping bertaqwa dan beribadat kepada Allah s.w.t.. Sesungguhnya agama Islam itu adalah mudah dan senang untuk dipraktikkan dalam diri setiap umat Islam.
 

PENDAHULUAN
الرحمن الرحيم الله بسم

Alhamdulillah serta bersyukur kehadrat Allah s.w.t.  kerana diberi tugasan untuk menerangkan tentang masjid di kawasan saya iaitu Masjid Muazam Shah di samping berdakwah kepada orang ramai mengenai seluruh aspek masjid bermula dari pengertiannya sehinggalah ke aktiviti sesebuah masjid itu.
Masjid adalah lambang syiar Islam dan juga merupakan pusat keagamaan yang menghubungkan antara hamba dengan Penciptanya. Pembinaannya yang mewujudkan perhatian besar menunjukkan masjid mempunyai peranan yang besar dan agung bagi umat Islam.Tugasan ini dilakukan bertujuan memenuhi sukatan pembelajaran CTU151 (Center of Islamic Thought and Understanding) bagi pelajar bahagian kedua di UiTM (Universiti Teknologi Mara) di bawah bimbingan Ustaz Abd Aziz Bin Harjin serta memahami sendiri apa itu masjid.
Tugasan ini diharapkan memberi kebaikan kepada semua pihak serta menjadi rujukan kepada sesiapa yang memerlukannya. Diharap tugasan ini dapat memberi  kesedaran kepada semua tentang pentingnya sesebuah masjid dalam kehidupan seseorang yang beragama Islam.
 

KONSEP
PENGERTIAN MASJID
Masjid berasal daripada perkataan Arab “sa-ja-da” yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud di sini ialah menyenbah Allah s.w.t.. Jadi, masjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (baitullah). Rumah Allah yang paling utama ialah baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah. Disebut Baitullah al-Haram kerana diharamkan berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat Islam, iaitu arah menghadapkan muka dan dada ketika mengerjakan solat.
Dalam konteks penggunaan perkataan masjid ialah sesuatu kawasan yang mempunyai bangunan yang diperbuat daripada batu dan kayu tetapi dikhaskan dan diniatkan untuk masjid maka dengan demikian ia telah menjadi masjid. Selain itu, masjid merupakan bangunan tempat orang Islam sujud ketika sembahyang. Dalam erti kata lain, masjid merupakan bangunan rasmi untuk umat Islam melaksanakan kegiatan ibadah yang biasanya mempunyai mimbar, mihrab, menara dan sebagainya. Masjid juga merupakan satu binaan yang digunakan untuk sembahyang jemaah, sembahyang Jumaat, beriktikaf dan mempunyai kehormatan tertentu.
HURAIAN
Sejarah Masjid Muadzam Shah, Kuala Nerang..
Masjid ini secara rasminya dibuka kepada orang ramai pada 18 Oktober 1969. Masjid ini boleh memuatkan seramai 1000 orang pada sesuatu masa. Kubahnya berbentuk seperti payung dan terdapat sebuah menara yang pendek untuk meletakkan pembesar suara. Di dalam kawasan masjid ini juga terdapat sebuah pusat didikan kanak-kanak iaitu berhampiran dengan tempat meletak kenderaan. Masjid ini dilengkapi dengan tandas yang secukupnya serta pakain yang sesuai bagi wanita ketika mengerjakan solat. Terdapat banyak naskah Al-Quran serta buku-buku agama yang disumbangkan kepada masjid ini. Pada hari jumaat, seluruh tempat solat di dalam masjid ini digunakan termasuk bahagian wanita. Tirai yang memisahkan bahagian wanita dan lelaki dibuka ketika berlangsungnya majlis solat jumaat. Imam akan membaca khutbah di atas mimbar sambil memegang tongkat sebagai sunnah.
Masjid ini dipertingkatkan lagi kemudahannya dengan menambah tandas bagi kaum wanita. Kawasan di sekitar masjid mempunyai tempat meletak kenderaan yang agak memuaskan. Masjid ini terletak di pekan Kuala Nerang yang bertentangan dengan pejabat pos dan Majlis Dearah Padang Terap. Masyarakat Kuala Nerang yang majoritinya beragama Islam menunaikan kewajipan seharian dengan kesempatan megerjakan solat berjemaah. Walaupun tinggal dalam masyarakat majmuk, masyarakat Kuala Nerang hidup dalam keadaan harmoni serta saling menghormati.
peta kuala nerang
 Masjid Muadzam Shah
dari hadapan masjid
 para jemaah
jemaah mendengar khutbah
belajar ilmu agama di masjid

PEMBINAAN MASJID & PERANANNYA

MASJID-MASJID UTAMA DALAM ISLAM
Masjidil- Haram
Masjid an-Nabawi
Masjidil-Aqsa
·         Masjid  pertama  didirikan dunia &adalah  tempat suci pertama dalam Islam
·         Terletak di Mekah     al-Mukarramah
·         Didirikan  oleh Nabi Ibrahim & anaknya Nabi Ismail
·         Dikenali juga sebagai Baitullah al-Haram

·         Kelebihan solat di masjid ini seratus ribu kali ganda dari  tempat lain
·         Tempat suci kedua dalam Islam


·         Terletak di Madinah   al-Munnawarah       
·         Didirikan oleh Rasulullah s.a.w. & penganut  Islam setelah berhijrah ke Madinah pada tahun pertama hijrah
·         Kelebihan solat di masjid ini seribu kali ganda dari tempat lain

·         Masjid ke dua didirikan  & merupakan tempat suci kedua dalam Islam
·         Terletak di Jurusalam, .Palastin
·         Didirikan oleh Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman
·         Dikenali juga sebagai Baitul Maqdis
·         Kiblat pertama umat Islam sebelum Allah memerintahkan  menukar kiblat ke arah masjidil - Haram
·         Tempat Rasulullah singgah sebelum naik ke langit dlm peristiwa Isra' Mikraj

Untuk melaksanakan konsep masjid sebagai sebuah “Institusi Masjid”, maka kita haruslah mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan dan menjadikan masjid sebagai Pusat Pembangunan Islam yang merangkumi semua kegiatan yang boleh diterjemahkan sebagai ibadah. Institusi masjid haruslah mempunyai beberapa peranan iaitu:
1.       Pusat pembangunan Islam
Institusi masjid haruslah dijadikan sebagai sebuah pusat perkembangan dan pembangunan Islam, di mana segala-galanya bernula dan berkembang dari masjid
2.       Masjid sebagai lambang keagungan Islam
Sebagai lambang kesyumulan Islam, maka setiap projek bandar baru, kawasan perumahan, perhotelan dan kompleks perniagaan haruslah dimulakan dengan pembinaan masjid atau jika kawasan itu adalah kawasan lama, maka kawasan itu haruslah mempunyai masjid untuk menarik lebih ramai orang Islam bertumpu ke tempat itu.
3.       Pusat percambahan ilmu
Institusi masjid haruslah dijadikan tempat percambahan ilmu, dimana masjid haruslah mempunyai perpustakaan yang lengkap bukan sahaja membekalkan buku-buku agama, tetapi juga buku yang berkaitan dengan ibadah dan muamalah. Begitu juga buku mengenai ilmu sosial, ekonomi, politik dan sebagainya haruslah diletakkan di dalam perpustakaan masjid. Buku-buku ini boleh didapati secara mudah dan murah sekiranya pemimpin masjid itu sanggup meminta dari badan-badan tertentu seperti Dewan Bahasa Dan Pustaka, syarikat percetakan dan sebagainya. Selain dari itu, Jawatankuasa Kariah juga boleh memohon derma dalam bentuk buku daripada penduduk mukin atau daerah berkenaan.
4.       Pusat tamadun Islam
Institusi masjid haruslah dijadikan sebagai pusat tamadun Islam, maka roh Islam di zaman kegemilangan dan keagungan Islam boleh dikembalikan dan dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi terkemudian. Masjid haruslah mempunyai satu ruang yang mencukupi untuk melambangkan keagungan, kemegahan tamadun Islam di zaman lampau terutama sekali dalam pencapaian ilmu perubatan, sains, astronomi, matematik, falsafah dan sebagainya. Justeru itu haruslah dipamerkan gambar-gambar dan sejarah hidup Ibnu Sina, Al-jabir, Imam Ghazali dan sebagainya.
5.       Pusat percambahan fikiran
Institusi masjid haruslah dijadikan sebagai tempat untuk mempercambahkan fikiran dengan adanya dialog, ceramah, seminar dan sebagainya. Kumpulan-kumpulan kecil bolehlah ditubuhkan untuk menggunakan masjid sebagai tempat untuk mempertingkatkan pemikiran dan menajam akal.
6.       Rumah suci
Institusi masjid ialah sebuah tempat suci yang menjadi tunjang kesucian Islam tanpa dinodai oleh anasir-anasir negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam yang berlaku bukan sahaja dalan kawasan masjid, tetapi juga dalam mukim atau daerah di mana masjid itu terletak.
7.       Pusat penjagaan ayat-ayat suci
Institusi masjid boleh dijadikan tempat untuk menjaga bacaan ayat-ayat suci. Rakan masjid sepatutnya didedahkan kepada peluang untuk menjadi imam yang boleh memperdengarkan suara mereka. Kalaulah imam dapat berundur dalam sehari untuk memberi laluan kepada mereka yang berbakat untuk menjadi imam, kemudian imam boleh menegur mereka yang membuat kesilapan dalam membaca terutama dalam tajwid. Amatlah bertepatan dengan konsep institusi masjid sebagai penjaga bacaan ayat-ayat suci.
8.       Pusat belajar Al-Quran dan tafsirnya (Ulum Al-Quran)
Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran. Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika kita menambah amalan yang bukan sahajasetakat mengajar Al-Quran kepada anak-anak, tetapi juga menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya sendiri membaca ayat-ayat suci.
9.       Pusat pendidikan
Institusi masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pendidikan di mana anak-anak serta keluarga dapat dididik di masjid. Masjid juga boleh dijadikan sebagai pusat pengukuhan ilmu.
10.   Pusat pengisian jiwa
Institusi masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pengisian dalam ertikata yang luas iaitu Pusat Pengisian Kemerdekaan, Pusat Pengisian Rohani, Pusat Pengisian Ilmu dan sebagainya.
11.   Pusat pengukuhan iman dan taqwa
Institusi masjid haruslah dijadikan pusat pengukuhan iman dan taqwa serta pusat pengukuhan rohani.
12.   Pusat pelengkap
Tiap-tiap orang kanak-kanak adalah didedahkan kepada pendidikan di rumah dan kemudiannya di sekolah. Institusi masjid bolehlah dijadikan pusat pelengkap adab, sopan-santun dan sebagainya. Dengan kata lain, institusi masjid bolehlah dijadikan “finishing school”.
13.   Pusat santapan rohani
Institusi masjid haruslah dijadikan sebagai pusat santapan rohani bagi penduduk mukim dan daerah, sekurang-kurangnya buat permulaan. Masjid daerah haruslah direka dapat menghayati kesucian Islam.
14.   Pusat ekonomi
Masjid haruslah terletak di dalam satu kawasan yang luas, dimana di sekelilingnya hendaklah dipenuhi dengan aktiviti ekonomi yang digalakkan oleh Islam. Oleh itu, masjid haruslah mempunyai kedai atau bazar yang menjual beraneka keperluan masyarakat. Selain dari itu, kedai cenderamata yang menjual artifak yang ada hubungannya dengan mukim.
15.   Pusat pengedaran produk daerah
Kerajaan Negeri Kedah telah memperkenalkan setiap daerah hendaklah mengeluarkan satu produk. Institusi masjid haruslah dijadikan salah satu tempat untuk mempromosikan barang-barang yang dikeluarkan dalam daerah tersebut sebagai satu ibadah. Dengan cara itu, rezeki penduduk akan bertambah. Insya-Allah.
16.   Masjid sebagai taman
Masjid haruslah mempunyai kawasan lapang di sekeliling dan dipenuhi dengan kawasan hijau untuk membolehkan para jemaah mendapat udara yang bersih sebelum atau selepas sembahyang. Konsep itu belum nampak dilakukan di Kedah mungkin kerana ketiadaan tanah atau kebanyakan masjid terletak di kawasan sempit. Tetapi sekiranya masjid baru hendak dibina, maka kawasan tempat masjid itu dibina hendaklah mempunyai pandangan yang cukup cantik dan dihiasi pula dengan taman yang indah.

Peranan Masjid Muadzam Shah, Kuala Nerang..
1.       Sebagai tempat ibadah jemaah bagi masyarakat di sekitar Kuala Nerang.
2.       Tempat masyarakat menimba ilmu dengan ceramah, perbincangan dan sebagainya berkaitan dengan ilmu agama.
3.       Tempat berlangsungnya majlis akad nikah.
4.       Mengeratkan ukhuwah antara masyarakat.
5.       Melahirkan masyarakat yang berilmu dan bertaqwa kepada Allah Taala dan RasulNya serta melahirkan insan yang berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
6.       Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta mengawal penyelewengan aqidah, khurafat dan fikiran yang menjejaskan kesucian Islam.
7.       Menyalurkan bentuk-bentuk sumbangan seperti derma, zakat dan meyelaraskan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang berfaedah serta menjaga kepentingan dan perpaduan ummah.

Aktiviti Masjid Muadzam Shah, Kuala Nerang..
1.       Mengadakan majlis berbuka puasa.
2.       Pembayaran zakat fitrah juga berlangsung di masjid ini.
3.       Solat sunat tarawih dilakukan pada setiap tahun di bulan Ramadan.
4.       Ceramah, perbincangan serta aktiviti yang berkaitan dengan ilmu agama juga dilakukan.
Peranan /Fungsi  Masjid Dalam Pembentukan Negara Islam


Pusat Ibadat
Masjid menjadi tempat tumpuan umat Islam utk mengerjakan ibadat fardu & sunat
 Spt  : solat berjemaah,solat Jumaat,baca Al-Quran



Pusat masyarakat
Masjid menjadi tempat umat Islam berhimpun untuk merancang & melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan
 Spt :  menyelesaikan masalah rumahtangga, perhimpunan


Pusat pendidikan& ilmu pengetahuan
Masjid digunakan sebagai tempat memberi & menerima ilmu pengetahuan dunia & akhirat.
 Cth :Rasulullah menggunakan masjid untuk  
         mendidik & menyampaikan ilmu
         pengetahuan kepaad umatnya.


Pusat ekonomi
Masjid dijadikan sebagai tempat pengurusan & pentadbiran ekonomi
 Spt : zakat,harta wakaf, jiziah(cukai)





Pusat politik

Masjid  dijadikan tempat bermesyuarat tentang hal-hal
berkaitan masyarakat  & negara.
 Spt : merancang strategi & taktik peperangan, 
         Tempat pertemuan  diplomatik& deligasi 
         dari negara Islam & bukan Islam



Pusat seni
Masjid menjadi tempat kegiatan kesenian
 Spt : tempat memperdengarkan bacaan Al Quran
        & Qasidah, membaca syair.


Tuntutan Memakmurkan Masjid
Islam menuntut umatnya memakmurkan masjid. Tuntutan tersebut jelas dalam Surah At-Taubah ayat 18:
Maksud ayat:
       “Hanyalah orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah  dan hari kemudian serta tetap mendirikan solat, zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain Allah, maka merekalah orang yang diharapkan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”.
Langkah / Cara Memakmurkan Masjid
·         Menunaikan solat fardhu secara berjemaah
·         Melaksanakan program majlis ilmu yang terancang
·         Melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan bangunan dan kawasan masjid
·         Menggunakan masjid untuk aktiviti kemasyarakatan seperti mesyuarat khusus (kenduri)
·         Menyediakan kemudahan untuk orang musafir solat dan berehat

DOA MENUJU KE MASJID
اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَعَنْ يَمِينِي نُورًا وَعَنْ يَسَارِي نُورًا وَفَوْقِي نُورًا وَتَحْتِي نُورًا وَأَمَامِي نُورًا وَخَلْفِي نُورًا وَعَظِّمْ لِي نُورًا
“Ya Allah! Jadikanlah dalam hatiku suatu cahaya, dalam pandanganku suatu cahaya, dalam pendengaranku suatu cahaya, dari arah kananku suatu cahaya, dari arah kiriku suatu cahaya, di atasku suatu cahaya, di bawahku suatu cahaya, di depanku suatu cahaya, di belakangku suatu cahaya dan limpahkanlah kepadaku dengan cahaya.
(H.R. Bukhari - Muslim)
DOA MASUK MASJID
اللهم افتح لي أبواب رحـمتك
Allohummaftaflii abwaa ba rohmatik
“Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmatMu”
(H.R. Muslim)
Doa Masuk Masjid yang lebih panjang adalah :

أعـوذ بالله العلي العظيم وبوجهه الكر يم و بسلطانه القديم من الشـيطان الرجـيم الحمـد لله رب العـالمين.  اللهم صل و سلم على محمد وعلى أل محمد. اللهم اغفرلي ذنوبي وافنح لي أبواب رحمـتك
A’udzubillahil ‘aliyyil ‘azhiim, wabiwajhihil kariim, wa bisulthoonihil qodhiim, minasy syaythoonirrojiim,Alhamdulillahi robbil ‘aalamiin. Allohumma sholli wa salim ‘alii Muhammad, wa ‘alii alaa Muhammad. Allohummagh firlii dzunuubii waf tahlii abwaaba rohmatik

“Aku berlindung kepada Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung dan dengan Dzat-Nya yang Maha Mulia dan kekuasaan-Nya yang tidak berpermulaan, dari gangguan syaitan yang terlaknat. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Ya Allah, rahmatilah Muhammad dan juga rahmati keluarganya. Ya Allah, ampunilah dosaku dan bukakanlah untukku pintu-pintu rahmat-Mu.” (H.R. Abu Daud)
Doa Keluar Masjid
اللهم إنـي أسألك من فضلك
Allohumma innii as aluka min fadhlik

”Yaa Allah aku mohon kepada-Mu akan kurnia-Mu.” (H.R. Muslim, Abu Dau dan Nasai)

Atau, kalimat ...
وافنح لـي أبـواب رحمـتك
waf tahlii abwaaba rohmatik

Pada doa di atas diganti dengan
وافـتح لـي أبـواب فضلك
waf tahlii abwaaba fadhlik

“Dan bukakanlah untukku pintu-pintu kurnia-Mu”

Maka doa  keluar masjid yang agak panjang adalah  :
أعـوذ بالله العلي العظيم وبوجهه الكر يم و بسلطانه القديم من الشـيطان الرجـيم الحمـد لله رب العـالمين.  اللهم صل و سلم على محمد وعلى أل محمد. اللهم اغفرلي ذنوبي وافـتح لـي أبواب فضلك
A’udzubillahil ‘aliyyil ‘azhiim, wa biwajhihil kariim, wa bisulthoonihil qodhiim, minasy syaythoonirrojiim, Alhamdulillahi robbil ‘aalamiin. Allohumma sholli wa salim ‘alii Muhammad, wa ‘alii alaa Muhammad. Allohummagh firlii dzunuubii waf tahlii abwaaba fadhlik

PENUTUP
Fungsi dan peranan masjid besar seperti yang disebutkan pada masa keemasan Islam itu tentunya sulit diwujudkan pada masa kini. Namun, ini tidak bererti bahawa masjid tidak dapt berperanan di dalam hal-hal tersebut.
Apabila masjid dituntut berfungsi membina umat, tentu saran yang dimilikinya harus tepat, menyenangkan dan menarik semua umat baik dewasa, kanak-kanak, tua, muda, lelaki, wanita, yang terpelajar mahupun tidak, sihat atau sakit serta kaya dan miskin.
Daripada apa yang dibincangkan dalam kertas kerja ini dapatlah diambil kesimpulan berikut:
  •  Peranan dan fungsi masjid mempunyai nilai kesejagatan. Ia boleh dilaksanakan di mana-manatempat di muka bumi ini.
  •  Peranan dan fungsi masjid yang sebenarnya hendaklah dioptima dan dilaksanakan sepenuhnya dengan mengambil kira keadaan dan suasana yang ada dewasa ini demi untuk membangun umat dan negara.
  •  Dalam sejarah Islam hubungan ketua negara dan masjid tidak pernah terpisahkan kerana masjid merupakan satu cara penyampai kepimpinan ketua negara. Hubungan keduanya bagaikan hubungan penghuni rumah dan rumahnya kerana ia adalah tugas keagamaan.
  •  Penggubalan undang-undang masjid merupakan satu kemestian demi menjaga kesucian dan kemuliaan masjid agar ia tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Ia juga adalah untuk penyelarasan pentadbiran dan pengurusan masjid.
  • Penubuhan satu jabatan yang menguruskan pentadbiran masjid merupakan satu keperluan asas masa kini agar pengurusan masjid menjadi lebih saksama, teratur, rapi dan berkesan.
  • Para pentadbir masjid hendaklah mengoptimakan pelaksanaan kuasa-kuasa dan tugas-tugas mereka seperti yang dikehendaki oleh agama Islam dan apa yang tertuang dalam perundang-undangan negara demi menyemarakkan peranan dan fungsi masjid.
  • Masyarakat dipanggil untuk memahami lebih mendalam tentang peranan dan fungsi masjid agarusaha masjid untuk membentuk individu dan masyarakat serta negara ke arah penghayatan Islam,terlaksana dengan jayanya.

BIBLIOGRAFI
Ø  Al-Quran al-Karim
Ø  Google
Ø  Yahoo
Ø  Hadis-hadis Pilihan
Ø  Zakaria Stapa. “Fungsi dan Kegunaan Masjid Simbol Perpaduan Ummah”, Eksklusif, 21-27 Februari, 2000, Malaysia.
Ø  Majalah SOLUSI
Ø  En. Salleh Bin Yaakob